Tuesday, July 14, 2009

Pameran-pameran Khat

Selama setahun belajar di madrasah khat Khalil Agha, bermacam-macam informasi yang sy dapat berkenaan dengan khat. Setiap kali maarad khat (pameran khat) akan berlansung, pasti ada yang memberi maklumat, dan tak lokek untuk berkongsi jika mereka sudah pergi. Antara maarad khat yang sy telah pergi di muzium baitul ummah dekat dengan Saad Zaglul.


Pameran ini berlangsung pada 22/10/2007 hingga 1/11/2007 dan menampilkan tulisan-tulisan dari 8 orang penulis yang semuanya berasal dari mesir. Antara karya mereka...




Seterusnya pameran khat kufi dari ustaz Ahmad Abdul Aziz seorang pakar dalam khat kufi dan pernah memenangi beberapa anugerah dalam khat kufi.


Pameran ini berlangsung di Darul Opera pada bulan November 2007. Kalau pergi menaiki kereta api elektrik metro terdapat satu mahatoh (perhentian) yang bernama Opera tp sy bersama dua pelajar dari patani saudara Farid dan Shukri dan Abdul Majid (arab mesir) pergi dengan menaiki teksi selepas saja kelas di madrasah.


Sungguh teruja dengan kesenian dan keunikan hasil tangan beliau. Pelbagai bentuk rekaan dan keunikan yang ditampilkan ditambah dengan zakhrafah (corak-corak hiasan) yang mengagumkan membuatkan kami terleka dengan masa. Selesai kami menjamu mata dengan hasil yang mengujakan, kami bertuah kerana Ustaz Ahmad Abdul Aziz berada di sana dan kami sempat bersalaman dan beramah mesra sebelum beredar ke tempat seterusnya. Antara hasil kesenian beliau yang dapat sy paparkan..





Satu lagi pameran yang sempat sy kunjungi semasa di Mesir ialah pameran Mustafa Khudair. Pameran beliau berlangsung pada hari yang sama dengan Ustaz Ahmad Abdul Aziz. Seorang penulis mesir yang masyhur dan sangat aktif di dalam dan luar Mesir.



Beliau yang mahir dengan pelbagai khat tidak mengecewakan pengunjung dengan hasil-hasil yang ditampilkan..





Jika kalian ingin melihat hasil-hasil mereka yang lain sila berkunjung di sini atau sini.
Berharap suatu hari nanti dapat lagi melihat hasil-hasil karya yang kreatif seumpama ini...

0 untaian kata:

Post a Comment