Sunday, June 21, 2009

HARTA DUNIA..HARTA AKHIRAT..

Agak lama tidak menjenguk kat sini sebab urusan-urusan tertentu. Rasanya peluang yang ada ni ada baiknya diisi walau sedikit.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُول اللهِ (ص) : يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ مَا يُبَالُ الرَّجُلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ الْمَالَ مِنْ حَلالٍ أَمْ حَرَامٍ (رواه النسائي)
Maksudnya :

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Telah berkata Rasulullah s.a.w “ akan datang suatu zaman seseorang tidak pedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram.”

Zaman sekarang ini merupakan zaman yang ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri dan anak-anak mereka.

Apa yang pasti dunia kini semakin tenat dengan kemelut ekonomi apa lagi gejala-gejala tidak sehat yang menjadi mainan golongan kaya-raya menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus miskin dan semakin melarat. Sungguh tidak adil bukan..?

Lebih bermakna jika harta dan segala rezeki yang Allah kurniakan kepada kita digunakan sebaik mungkin mudahan harta di dunia ini menjadi saham untuk kita di sana nanti..

sekadar renungan bersama..
There was an error in this gadget