Wednesday, April 28, 2010

Cuti Tahfiz

Cuti tahfiz 28 & 29 April 2010 semacam tidak bercuti. Rabu 28 April Program Profesional Guru Tahfiz 2010 bermula jam 8.00 hingga 4.30 petang agak memenatkan bila dijamu dengan angka-angka yang memeningkan kepala. Walaupun ada segelintirnya merungut, namun perlu akui apa yang dibentangkan oleh penceramah sangat penting bagi meningkatkan prestasi profesionalisme seorang guru terutama bagi kami-kami guru novis. Slot yang pertama dan kedua oleh Haji Yajid Bin Yaakob (Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu) agak menarik dengan tajuk Pengurusan Pelajar dan Guru disayang membawa para peserta program lebih mendalami dan menyelami profesion murabbi. Slot yang ketiga agak memeritkan kerana slot ini bermula jam 2.00 ptg (masa yang kritikal) tambahan kami disajikan dengan angka-angka statistik analisa peperiksaan. Mujurlah Puan Hajah Che Zainah Bt Hj. Abd. Llah bijak menarik peserta dengan celoteh.


Mengantuknya~~

Khamis 29 April, kami (kdc kohot 2 yang diketuai oleh Ustaz Wi hensem) berpakat untuk menyelesaikan tugasan yang perlu diserahkan pada minggu ini. Blog menarik dikongsi bersama Ustaz Wi Hensem.

Haih..Apeh, Leh, Wang..bilo nk gi pulau nyo??

Monday, April 26, 2010

Ampuni daku ya Tuhan


Sungguh aku insan kerdil lagi hina hanya mengharapkan belas kasih-Mu ya Tuhan..
Sungguh khilafku pada-Mu ya Tuhan menggunung tinggi..namun ku yakin keampunan pada hamba-Mu melangit luas..
Oleh itu tunjukkan dan daku jalan lurus-Mu untuk menggapai maghfirah dari-Mu ya Tuhan..

Hm..tenangkan jiwaku untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan ujian..
Mudahan di setiap langkah kakiku, setiap ucap lidahku, setiap sinar pandangan mataku, setiap dengung bunyi dari telingaku, dan setiap helai nafas yang ku hembus mendapat rahmat dan kasih sayang-Mu ya Tuhan..

إِنَّا خَلَقْنَا الإِنْسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ۝ إِنَّا هَدَيْنَهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا۝

2. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur [antara benih lelaki dengan perempuan] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.

3. Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Saturday, April 24, 2010

Pertandingan Khat Peringkat MASSAK 2010

Tahniah diucapkan kepada peserta daripada MTST Wan Ibrahim Thani Bin Wan Abdul Halim (nasakh) dan Amir Faris Bin Mohd Nor (rak'ah) di atas kejayaan mereka dalam Pertandingan Khat Peringkat MASSAK 2010. Wan Ibrahim Thani berpuas hati dengan mendapat tempat pertama dalam kategori khat nasakh manakala Amir Faris mendapat saguhati dalam kategori khat Rak'ah. Pertandingan khat MASSAK diadakan secara perpusat di SMU (A) Rahmah Kenali, Kubang Kerian pada 17/4/10 (Sabtu) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua sekolah agama kelolaan YIK. Alhamdulillah berkat usaha mereka yang bersungguh-sungguh telah menbuahkan hasil yang membanggakan kepada semua pihak. Teruskan usaha untuk mencapai apa yang dicitakan di dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekali lagi tahniah..
There was an error in this gadget