Saturday, May 1, 2010

Perbuatan baik yang disukai-Nya

Maksud hadis : Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Amal apa yang paling dicintai Allah Azza Wajalla?, beliau menjawab, "Solat tepat pada waktunya". Aku bertanya, kemudian apa lagi?, beliau menjawab, "Berbuat baik terhadap kedua orangtua". Aku bertanya, kemudian apa lagi?, beliau menjawab: "Jihad fi sabilillah". Ia berkata, Demikian Rasulullah saw mengabarkannya kepadaku, seandainya aku meminta tambahan, niscaya beliau menambahkannya". (HR. Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis : Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.a, bahwasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w,” Amal apakah yang paling afdhal?, beliau menjawab, "Iman kepada Allah dan Rasul Nya". Ditanyakan, kemudian apa lagi?, beliau menjawab, "Jihad di jalan Allah". Ditanyakan, lalu apa lagi?, beliau menjawab, "Haji mabrur".

Dengan demikian, kedua hadis yang menerangkan amal paling afdhal tersebut tidak bertentangan, sebab masing-masing berdiri menurut konteksnya. Perlu diketahui pula, ada beberapa hadis yang menerangkan keutamaan amal akan tetapi tidak sama urutannya dengan hadis di atas. Untuk memperincikan hal tersebut, Ibnu Hajar menyatakan, "Dalam menjelaskan perbezaan jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya tentang amal yang paling utama, para ulama menerangkan, bahwasanya perbezaan jawapan tersebut berdasarkan perbezaan kondisi para sahabat yang bertanya. Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada setiap kaum sesuai dengan apa yang mereka perlukan dan sukai. Jihad misalnya, pada permulaan Islam adalah amal yang paling utama, sebab jihad merupakan wasilah untuk melakukan pelbagai amal tersebut. Disamping itu, banyak nas-nas yang menjelaskan bahwa solat lebih afdhal daripada zakat, tetapi dalam kondisi sangat diperlukan dan genting, zakat mungkin menjadi lebih utama".

Walau apa pun tingkat amal yang digambarkan oleh hadis Rasulullah s.a.w, namun harus diingat seorang muslim mestilah dihiasi dengan amal soleh yang disukai oleh Allah kerana dengan perbuatan baik yang disukai oleh Allah itulah jalan untuk menggapai kasih sayang-Nya. Perbincangan ini agak menarik untuk dipanjangkan dalam episod2 yang akan datang..

Perbuatan baik yang menghiasi orang mukmin umpama spoiler menghiasi kereta..huhu keretaku baru pasang spoiler..kan cantik kalau kereta ada spoiler..