Tuesday, February 24, 2009

AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kerana diberi kekuatan dan kesempatan olehNya selepas beberapa lama hajat dan tekad untuk mencoret sesuatu di sini terkabul..apa pun peluang dan kesempatan yang ada ini rasanya amat rugi kalau dipersiakan..jangan takut untuk melangkah kalau nak terus maju..perlu melangkah walaupun sedikit..jadi sy mulakan sikit demi sikit untuk melangkah ke arah kemajuan..kalau xmampu buat yg terbaik buatlah setakat mampu..itu terlebih baik dari tak buat langsung..kan??

Sebagai mukadimah post sy ungkapkan Surah Al-Fatihah mudahan segala yang tercoret dan yang terungkap di sini sentiasa mendapat petunjuk dan lindungan dariNya..bersesuaian dengan Al-Fatihah yang mengandungi pelbagai kelebihan dan keistimewaan mengikut hadis-hadis junjungan tercinta..surah ini juga mempunyai banyak nama tersendiri yang warid dari nabi s.a.w, dari para sahabat, dari para ulamak. Sesungguhnya banyak nama menggambarkan banyak kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada penama tersebut. Disebut dalam kitab Al-Itqan fi Ulumil Quran karangan Al-Hafiz Jalaludin Abdul Rahman As-Sayuti terdapat 25 nama yang disenaraikan bagi surah tersebut.

1) فاتحة الكتاب

2) فاتحة القرآن

3) أم الكتاب

4) أم القرآن

5) القرآن العظيم

6) السبع المثاني

7) الوافية

8) الكنز

9) الكافية

10) الأساس

11) النور

12) سورة الحمد

13) سورة الشكر

14) سورة الحمد الأولى

15) سورة الحمد القصوى

16) الرقية

17) الشفاء

18) الشافية

19) سورة الصلاة

20) الصلاة

21) سورة الدعاء

22) سورة السؤال

23) سورة تعليم المسألة

24) سورة المناجاة

25) سورة التفويض

Untuk mengetahui lebih lanjut penjelasan bagi setiap nama-nama tersebut, boleh lah rujuk kitab karangan Al-Imam As-Sayuti[1].

Sy lebih suka untuk membincangkan surah ini dalam sudut ilmu Qiraat memandangkan bidang yang sy ceburi adalah takhassus Qiraat dan sy fikir sudah ramai yang membincangkan surah ini dalam cabang ilmu-ilmu lainnya seperti tafsir ayat.

Imam Al-Kisai dan Imam ‘Asim membaca مالك dengan menambah huruf alif selepas mim. Ada pun baki lima imam lain dengan ملك tanpa alif.

وَمَالِكِ يَومِ الدِّينِ رَاوِيهِ نَاصِرٌ[2]

Pada lafaz اهدنا الصرط المستقيم ( ) صرط الذين (الصراط) (صراط) Qunbul ‘an Ibn Kathir membaca dengan huruf س - اهدنا السرط المستقيم ( ) سرط الذين(

Khalaf ‘an Hamzah membaca dengan Ishmam[3] huruf ص dengan bunyi huruf ز dan cara menyebutnya umpama cara menyebut huruf ظ bagi orang awam tanpa mengeluarkan hujung lidah.

Ada pun Khalad ‘an Hamzah membaca seperti Khalaf pada kalimah pertama surah Al-Fatihah dan kalimah yang kedua seperti baki Qura’ iaitu dengan huruf ص

Untuk perbincangan lebih lanjut dalam kalimah صراط boleh lah rujuk kitab-kitab qiraat.

وعند سراط والسراط لقنبلا # بحيث أتى والصاد زايا أشمها # لدى خلف واشمم لخلاد الأولا[4]

Imam Hamzah membaca kalimah عليهِم dengan membaris depankan huruf ه menjadi عليهُم

عليهم إليهم حمزة ولديهمو # جميعا بضم الهاء وقفا وموصلا[5]

Pada bab mim jamak Imam Ibn Kathir membaca di semua tempat dalam Al-Quran dengan membariskan mim jamak dengan kadar dua harakat. Ada pun Qalun membaca mim jamak dengan dua wajah bacaan. Pertama mematikan baris mim dan kedua dengan membariskan mim.

وصل ضم ميم الجمع قبل محرك # دراكا وقالون بتخييره جلا[6]

Rasanya cukuplah sekadar ini dahulu sy kira sebagai pendahuluan lakaran untuk diisi di dalam blog ini. Jika terdapat sebarang kesalahan dan ralat dalam setiap ayat dan isinya dengan berbesar hati sy mohon diperbetulkan.

* Syarah ini hanya untuk surah Al-Fatihah. Jika inginkan penerangan dengan lebih lanjut sila rujuk pakar dan kitab-kitab Qiraat yang terpilih.



[1] Al-Itqan fi Ulumil Quran – Maktabah Darul Hadis 174

[2] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع

[3] Dari sudut bahasa diterjemah dengan cium. Mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris yang disebut tanpa membunyikan. Hanya akan dapat diketahui oleh orang yang melihat dan tidak bagi orang yang buta.

[4] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع

[5] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع

[6] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع

There was an error in this gadget