Sunday, July 26, 2009

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

24-25 Julai satu kem telah diadakan di Markaz Dewan Ulamak (MADU), Labok Machang. Sasaran kem ini adalah kepada semua guru tahfiz al-Quran YIK justeru itu kem ini dinamakan Kursus Guru Al-Quran Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan.



Sy tertarik dengan kata-kata seorang penceramah jemputan En Anual Bakri yang membentangkan tajuk etika kerja Islam untuk penjawat awam negeri Kelantan. Berkaitan dengan konsep ubudiah, masuliah, dan itqan, tersentuh tatkala beliau mengingatkan para guru al-Quran tentang keikhlasan seorang hamba bila melakukan sesuatu kerja. Barang kali mungkin seorang tukang kayu lebih ikhlas dalam kerja berbanding dengan guru al-Quran. Mungkin seorang petani lebih khuyuk dalam kerjanya. Mungkin seorang pemandu lebih erat ikatan rohani dengan Tuhannya. Ikhlas ini lah yang membuahkan hasil yang excellent.

Sy terkedu hati bila ada di kalangan guru Al-Quran bercakap-cakap tentang keburukan atau mungkin kesilapan seseorang yang lain profesionnya. Alangkah baiknya jika kita bersangka baik dan tahu duduk bangun cerita sebenar daripada terus melulu bagai tergigit lidah tercabut gigi bercerita tentang kesilapan orang lain. Jangan nanti pukat sudah berlabuh, ikan pula tak dapat. Ada yang betul ada yang tak betul. Baik berdiam dulu kalau masih samar dan kabur (semabur). Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Tetapi yang betul perlu disokong dengan cara hikmah dan yang salah dibetulkan dengan cara terpuji. InsyaAllah semuanya baik..-suatu isu-

"Berjalan perhatikanlah kaki, bercakap periharalah lidah" kata Paduka Raja Tun Perak kepada Hang Naweng.


Bila terasa hampeh..huhu

0 untaian kata:

Post a Comment