Tuesday, July 14, 2009

Madrasah Tahsinul Khutut Arabi Khalil Agha


Madrasah Tahsinul Khutut Khalil Agha terletak di sebelah barat dari Kota Abasiyyah di antara Medan Jaisy dan bandar Atabah. Daerah ini disebut bab As-sya'riyyah. Kelas Khat akan bermula pada sebelah petang biasanya pada pukul 4 mengikut perubahan jam semasa. Bila musim sejuk biasanya kelas akan bermula jam 3 petang. Madrasah ini sebenarnya multifungsi sebab sebelah pagi sekolah ini akan berfungsi sebagai sekolah menengah biasa (thanawiyyah)dan sebelah petang untuk pengajian khat. (sayangnya gambar kenangan di madrasah tersebut hilang entah kemana)


Bermula dengan minat sendiri, cuba mencari jalan untuk mendaftar di madrasah tersebut. Tahun 2006 agak malang sebab tak sempat mendaftarkan diri. Tahun 2007 baru sempat mendaftar atas sokongan dan bantuan dari rakan-rakan senior yang dah masuk. Rakan-rakan yang banyak membantu sy ingat ust Rozeli, ust Amin (sabah), ust Nordin (selangor). Jazakallahu khairal jaza.


Untuk meneruskan minat sy ini memerlukan azam dan semangat yang agak lumayan. Kelas bermula pada sebelah petang maksudnya sy perlu berebut-rebut dengan arab-arab lain untuk menaiki bas di tengah panas yang terik (bayangkan..). Kalau nasib baik boleh lah duduk. Perjalanan dari rumah sy (shoubra kheimah) ke madarasah memakan masa lebih kurang sejam dan perlu menaiki paling kurang dua tramco (van tambang) atau mungkin satu sahaja jika nasib agak baik. Tambang setiap hari dari rumah ke madrasah LE2.10 (tidah termasuk menghadiri kelas-kelas lain). LE0.60 dari rumah ke masturud (pergi dan balik) dan LE1.50 (pergi dan balik).


Kelas tamat jam 6, hari hampir maghrib dan makin gelap. Waktu ini tak perlu risau sangat sebab tramco untuk pulang tak ramai penumpang. Biasanya ustazah-ustazah akan dihantar oleh ustaz-ustaz yang juga mengikuti kelas. Tapi bagi ustazah-ustazah indonesia adalah biasa bagi mereka pulang tanpa teman dari ustaz. Mereka agak 'nele' berbanding dengan ustazah-ustazah kita. Di Shoubra Khemah mungkin hanya kami pelajar Malaysia yang menginap, jadi sy tak perlu jadi musyrif untuk ustazah pulang.


Biasanya dalam perjalan pulang sy akan singgah makan kibdah fino di masturud (kibdah fino paling best bagi sy). Tiap hari sy akan singgah makan hingga penjual (muhamad) kenal dan tahu apa yang akan sy minta. Selalunya sy akan menghabiskan LE1.50 untuk kibdah fino dan seguk fino. Sebelum sampai koktail buah dan air tamar hind akan disantap sebagai penghilang dahaga setelah penat.

1 untaian kata:

Marks said...

assalamualaikum. sy sgt minat blajar tulisan khat. sy selalu tgk youtube ttg cara menulis khat. boleh tak cadangkan dimana tempat utk belajar tulisan khat yg khusus mcm ni kalau kat m'sia?

Post a Comment