Monday, July 6, 2009
Mengajar sambil bersedekah
Teringat suatu malam ketika sy dan seorang kawan sedang menjamu selera di satu restoran tiba-tiba datang sorang lelaki memberi salam dan duduk tanpa disuruh. Sungguh dia tak malu haha. Kami berjabat tangan dan dia terus memulakan cerita. Dalam keadaan yang tidak bersedia rupanya kami ketinggalan awal penceritaan yang rasanya agak mengelirukan. Yang pasti tujuannya untuk meminta sedikit wang. Sy agak kagum dengan lelaki ini sebab walaupun ceritanya memang berbelit-belit tapi dia berbakat sebagai pemidato bercakap tanpa henti. Hebat … Tapi malangnya dia tidak dapat meyakinkan kami dan akhirnya dia berlalu pergi tanpa sesen pun kami hulur. Dia paksa kami hehe.
Topiknya pada kali ini sy ingin kongsi dengan pembaca berkenaan dengan mengajar sambil bersedekah. Selalunya kita dengar membeli sambil bersedekah tapi kali ni lain sikit.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ (ص) قَالَ : " أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَنْ يَتَعَلَّمَ الْمَرْأُ الْمُسْلِمُ عِلْمًا ثُمَّ يُعَلِّمَهُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ " (أخرجه ابن ماجه)
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : “ sebaik-baik sedekah itu seorang muslim yang berlajar sesuatu ilmu dan mengajarkannya kepada saudara muslim yang lain.” (riwayat Ibn Majah)
Bersedekah itu bukan hanya dengan mengeluarkan wang untuk diberikan kepada yang lain, tetapi terdapat banyak lagi cara untuk mencapai maksud bersedekah. Memberi nasihat kepada orang lain pun dikira sedekah. Menolong orang lain dengan tenaga fizikal atau mental juga dikira sedekah. Bercakap-cakap perkara yang baik terhadap orang lain juga dikira sedekah. Menghilangkan sesuatu yang mengganggu di jalanan juga bersedekah. Bertasbih dan berzikir juga bersedekah. Memberi salam sambil tersenyum bila berjumpa dengan orang lain juga bersedekah. Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan sedekah.
Di dalam hadis ini disebutkan sedekah yang terbaik iaitu mengajar orang lain dengan ilmu yang bermanfaat. Maka perbuatan ini dianggap sebagai sedekah yang terbaik. Kerana bila kita memberi wang kepada seseorang, belum tentu wang yang diberikan itu akan digunakan untuk perkara yang berfaedah. Boleh jadi digunakan untuk perkara maksiat. Dan bila kita menolong orang lain untuk mencapai sesuatu hajat, barangkali hajatnya itu hanya untuk keperluan dan kepentingan duniawi sahaja. Maka jika ilmu agama yang disedekahkan sudah pasti ilmu itu akan menolong dalam mencari keredaan Ilahi. Maka inilah dikira sedekah paling afdal.
Sekian untuk renungan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 untaian kata:
Post a Comment