Tuesday, July 28, 2009

Hari YIK

Hari ini 28/7 diumumkan cuti peristiwa oleh YIK(Yayasan Islam Kelantan) dan semua kakitangan YIK diwajibkan hadir ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) untuk menjayakan Hari YIK. Dalam perjalanan ke PUTIK, Ubai minta tolong beli plastik untuk jualan bukunya, kebetulan lah sy singgah untuk bersarapan. Tahniah kepada saudara A. Ubaidillah Alias di atas kejayaan yang telah beliau kecapi dan kejayaan yang bakal beliau raih. Semoga usaha murni beliau di atas jalan dakwah ini dipandang sebagai kebajikan oleh-Nya dan dibalas dengan setimpal.

Tentatif program

9.30 pagi

Ketibaan Tuan Guru Menteri Besar

Persembahan Kawad oleh Briget Amal YIK

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Ucapan aluan Pengarah YIK

Ucapan aluan Exco

Ucapan perasmian Menteri Besar

Persembahan nasyid dan drama mandarin

Penyampaian hadiah

Makan tengah hari

Bersurai

Begitu terkesan dengan kata-kata Tuan Guru mengaitkan amal di dunia membawa ke akhirat. Beliau menggambarkan bagaimana perkaitan iman dan islam di umpakan seperti roh dan jasad. Tak akan bererti jasad jika tanpa roh dan di manakah roh jika tidak pada jasad. Begitulah jua islam disempurnakan dengan iman dan iman mestilah sejajar dengan islam. Sungguh banyak butir mutiara yang terkeluar dari kata-kata beliau tidak sempat sy coretkan untuk tatapan pembaca.Betapa beliau mengharap YIK dapat memberi hasil pendidikan yang lumayan untuk rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Harapan beliau agar YIK dapat melahirkan umat yang celik makruf dan jelik mungkar. Tertarik dengan istilah yang beliau guna "celik maaruf, jelik mungkar".
Seebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau mengimami doa dan kami semua menyusul dengan doa yang beliau lafazkan. Semoga Allah mengabulkan doa kami.


Selepas ucap kata Tuan Guru, persembahan nasyid dan drama dalam bahasa mandarin menghiburkan para hadirin. Persembahan drama mandarin sungguh menarik dengan membawa tajuk bakul tua dan Kumpulan ini dilatih khas oleh Ustaz Ali (pernah berkursus bersama) dari Sekolah Arab Pancor. Sungguh fasih dan petah pelajar drama tersebut berbahasa mandarin bukan sahaja tidak kekok dengan bahasa, malah juga gaya dan lenggok ala-ala drama mandarin yang sebenar. Tahniah untuk mereka..

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk guru dan pelajar yang cemerlang. Tetapi sy tidak sempat menyaksikan acara tersebut kerana perlu menyelesaikan beberapa hal yang perlu disegerakan. Alhamdulillah beres..

2 untaian kata:

Anonymous said...

Makin mahir Us.Afifi jd blogger,tahniah..
Boleh g jauh us.Afifi ni:)

farman said...

This picture is so beautiful and nice im sharing the some picture on my site.please visite my site.happy halloween

Post a Comment