Wednesday, August 12, 2009
UJIAN PENGESANAN PMR 09
Hari ini (12/8/2009) bermula peperiksaan percubaan PMR 2009 bagi peringkat YIK dan berakhir 19/8/2009. Kali ini dapat lagi menimba pengalaman-pengalaman baru berkenaan dengan peperiksaan dan pengalaman ini memerlukan komitmen dan kesabaran sebab melibatkan peperiksaan yang agak penting bagi pelajar-pelajar.
Harap para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian dan semoga berjaya.
Sebelum peperiksaan ini pelajar telah menempuhi beberapa siri ujian yang dinamakan ujian pengesanan. Setelah beberapa siri ujian pengesanan dijalankan dan analisa dibuat, peningkatan dapat dilihat dari semasa ke semasa.
Maka tugas unit peperiksaan pun makin bertambah...ya Allah berikan kekuatan kepadaku untuk hadapi semua ini. Dan jadikan aku termasuk dalam golongan hambaMu yang bertaqwa sesungguhnya hanya hamba yang bertaqwa akan mendapat jalan keluar dari segala kesulitan dunia.
Tuesday, July 28, 2009
Hari YIK
Tentatif program
9.30 pagi
Ketibaan Tuan Guru Menteri Besar
Persembahan Kawad oleh Briget Amal YIK
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
Ucapan aluan Pengarah YIK
Ucapan aluan Exco
Ucapan perasmian Menteri Besar
Persembahan nasyid dan drama mandarin
Penyampaian hadiah
Makan tengah hari
Bersurai
Begitu terkesan dengan kata-kata Tuan Guru mengaitkan amal di dunia membawa ke akhirat. Beliau menggambarkan bagaimana perkaitan iman dan islam di umpakan seperti roh dan jasad. Tak akan bererti jasad jika tanpa roh dan di manakah roh jika tidak pada jasad. Begitulah jua islam disempurnakan dengan iman dan iman mestilah sejajar dengan islam. Sungguh banyak butir mutiara yang terkeluar dari kata-kata beliau tidak sempat sy coretkan untuk tatapan pembaca.Betapa beliau mengharap YIK dapat memberi hasil pendidikan yang lumayan untuk rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Harapan beliau agar YIK dapat melahirkan umat yang celik makruf dan jelik mungkar. Tertarik dengan istilah yang beliau guna "celik maaruf, jelik mungkar".
Seebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau mengimami doa dan kami semua menyusul dengan doa yang beliau lafazkan. Semoga Allah mengabulkan doa kami.
Selepas ucap kata Tuan Guru, persembahan nasyid dan drama dalam bahasa mandarin menghiburkan para hadirin. Persembahan drama mandarin sungguh menarik dengan membawa tajuk bakul tua dan Kumpulan ini dilatih khas oleh Ustaz Ali (pernah berkursus bersama) dari Sekolah Arab Pancor. Sungguh fasih dan petah pelajar drama tersebut berbahasa mandarin bukan sahaja tidak kekok dengan bahasa, malah juga gaya dan lenggok ala-ala drama mandarin yang sebenar. Tahniah untuk mereka..
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk guru dan pelajar yang cemerlang. Tetapi sy tidak sempat menyaksikan acara tersebut kerana perlu menyelesaikan beberapa hal yang perlu disegerakan. Alhamdulillah beres..
Sunday, July 26, 2009
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Sy tertarik dengan kata-kata seorang penceramah jemputan En Anual Bakri yang membentangkan tajuk etika kerja Islam untuk penjawat awam negeri Kelantan. Berkaitan dengan konsep ubudiah, masuliah, dan itqan, tersentuh tatkala beliau mengingatkan para guru al-Quran tentang keikhlasan seorang hamba bila melakukan sesuatu kerja. Barang kali mungkin seorang tukang kayu lebih ikhlas dalam kerja berbanding dengan guru al-Quran. Mungkin seorang petani lebih khuyuk dalam kerjanya. Mungkin seorang pemandu lebih erat ikatan rohani dengan Tuhannya. Ikhlas ini lah yang membuahkan hasil yang excellent.
Sy terkedu hati bila ada di kalangan guru Al-Quran bercakap-cakap tentang keburukan atau mungkin kesilapan seseorang yang lain profesionnya. Alangkah baiknya jika kita bersangka baik dan tahu duduk bangun cerita sebenar daripada terus melulu bagai tergigit lidah tercabut gigi bercerita tentang kesilapan orang lain. Jangan nanti pukat sudah berlabuh, ikan pula tak dapat. Ada yang betul ada yang tak betul. Baik berdiam dulu kalau masih samar dan kabur (semabur). Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Tetapi yang betul perlu disokong dengan cara hikmah dan yang salah dibetulkan dengan cara terpuji. InsyaAllah semuanya baik..-suatu isu-
"Berjalan perhatikanlah kaki, bercakap periharalah lidah" kata Paduka Raja Tun Perak kepada Hang Naweng.
Bila terasa hampeh..huhu
Thursday, July 23, 2009
8.30 pagi
Peka lah..jangan hanyut dalam dunia sendiri
*kami solat gerhana jam 8.30 pagi
Thursday, July 16, 2009
Langgar Lari
Tuesday, July 14, 2009
Pameran-pameran Khat
Pameran ini berlangsung pada 22/10/2007 hingga 1/11/2007 dan menampilkan tulisan-tulisan dari 8 orang penulis yang semuanya berasal dari mesir. Antara karya mereka...
Seterusnya pameran khat kufi dari ustaz Ahmad Abdul Aziz seorang pakar dalam khat kufi dan pernah memenangi beberapa anugerah dalam khat kufi.
Pameran ini berlangsung di Darul Opera pada bulan November 2007. Kalau pergi menaiki kereta api elektrik metro terdapat satu mahatoh (perhentian) yang bernama Opera tp sy bersama dua pelajar dari patani saudara Farid dan Shukri dan Abdul Majid (arab mesir) pergi dengan menaiki teksi selepas saja kelas di madrasah.
Sungguh teruja dengan kesenian dan keunikan hasil tangan beliau. Pelbagai bentuk rekaan dan keunikan yang ditampilkan ditambah dengan zakhrafah (corak-corak hiasan) yang mengagumkan membuatkan kami terleka dengan masa. Selesai kami menjamu mata dengan hasil yang mengujakan, kami bertuah kerana Ustaz Ahmad Abdul Aziz berada di sana dan kami sempat bersalaman dan beramah mesra sebelum beredar ke tempat seterusnya. Antara hasil kesenian beliau yang dapat sy paparkan..
Satu lagi pameran yang sempat sy kunjungi semasa di Mesir ialah pameran Mustafa Khudair. Pameran beliau berlangsung pada hari yang sama dengan Ustaz Ahmad Abdul Aziz. Seorang penulis mesir yang masyhur dan sangat aktif di dalam dan luar Mesir.
Beliau yang mahir dengan pelbagai khat tidak mengecewakan pengunjung dengan hasil-hasil yang ditampilkan..
Jika kalian ingin melihat hasil-hasil mereka yang lain sila berkunjung di sini atau sini.
Berharap suatu hari nanti dapat lagi melihat hasil-hasil karya yang kreatif seumpama ini...
Madrasah Tahsinul Khutut Arabi Khalil Agha
Madrasah Tahsinul Khutut Khalil Agha terletak di sebelah barat dari Kota Abasiyyah di antara Medan Jaisy dan bandar Atabah. Daerah ini disebut bab As-sya'riyyah. Kelas Khat akan bermula pada sebelah petang biasanya pada pukul 4 mengikut perubahan jam semasa. Bila musim sejuk biasanya kelas akan bermula jam 3 petang. Madrasah ini sebenarnya multifungsi sebab sebelah pagi sekolah ini akan berfungsi sebagai sekolah menengah biasa (thanawiyyah)dan sebelah petang untuk pengajian khat. (sayangnya gambar kenangan di madrasah tersebut hilang entah kemana)
Bermula dengan minat sendiri, cuba mencari jalan untuk mendaftar di madrasah tersebut. Tahun 2006 agak malang sebab tak sempat mendaftarkan diri. Tahun 2007 baru sempat mendaftar atas sokongan dan bantuan dari rakan-rakan senior yang dah masuk. Rakan-rakan yang banyak membantu sy ingat ust Rozeli, ust Amin (sabah), ust Nordin (selangor). Jazakallahu khairal jaza.
Untuk meneruskan minat sy ini memerlukan azam dan semangat yang agak lumayan. Kelas bermula pada sebelah petang maksudnya sy perlu berebut-rebut dengan arab-arab lain untuk menaiki bas di tengah panas yang terik (bayangkan..). Kalau nasib baik boleh lah duduk. Perjalanan dari rumah sy (shoubra kheimah) ke madarasah memakan masa lebih kurang sejam dan perlu menaiki paling kurang dua tramco (van tambang) atau mungkin satu sahaja jika nasib agak baik. Tambang setiap hari dari rumah ke madrasah LE2.10 (tidah termasuk menghadiri kelas-kelas lain). LE0.60 dari rumah ke masturud (pergi dan balik) dan LE1.50 (pergi dan balik).
Kelas tamat jam 6, hari hampir maghrib dan makin gelap. Waktu ini tak perlu risau sangat sebab tramco untuk pulang tak ramai penumpang. Biasanya ustazah-ustazah akan dihantar oleh ustaz-ustaz yang juga mengikuti kelas. Tapi bagi ustazah-ustazah indonesia adalah biasa bagi mereka pulang tanpa teman dari ustaz. Mereka agak 'nele' berbanding dengan ustazah-ustazah kita. Di Shoubra Khemah mungkin hanya kami pelajar Malaysia yang menginap, jadi sy tak perlu jadi musyrif untuk ustazah pulang.
Biasanya dalam perjalan pulang sy akan singgah makan kibdah fino di masturud (kibdah fino paling best bagi sy). Tiap hari sy akan singgah makan hingga penjual (muhamad) kenal dan tahu apa yang akan sy minta. Selalunya sy akan menghabiskan LE1.50 untuk kibdah fino dan seguk fino. Sebelum sampai koktail buah dan air tamar hind akan disantap sebagai penghilang dahaga setelah penat.
Monday, July 13, 2009
Anggur
Ni anggur yang tak cukup makanan..anggur yang tak sehat haha
Ada 4 biji tu jer..hehe limited edition
lokasi : tepi rumah sebelah kanan
Friday, July 10, 2009
Tugasan & Masa
Itu sebahagian tugasan untuk bahagian peperiksaan. Ada lagi tugas lain menanti. Kalau disenaraikan memang ada lagi tugas yang masih tertangguh dan masih menunggu untuk diselesaikan. Kena design untuk letterhead masjid, tulis khat untuk buat cop guru quran, program mentor-menti Kak Yam tak buat lagi, penyelarasan untuk persatuan seni khat tak siap lagi (hehe tunggu Cikgu Nordin minta dulu baru nak buat kot), buku rancangan mengajar dah lama tak buat. Disamping tugasan rutin seorang guru. Semoga diberi kelapangan waktu untuk melangsaikan segala tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Itu pun baru sebahagian dari tanggungjawab dalam hidup seharian.Haih memang tiap hari kita penuh dengan tanggungjawab sebenarnya. Cuma kita sedar atau tidak tanggungjawab itu selalu dan sentiasa menghambat kita.
الواجبات أكثر من الأوقات
Tanggungjawab itu terlebih banyak dari waktu-waktu yang kita ada.
Jangan asyik melihat waktu meninggalkan kita tanpa sebarang hasil yang kita dapat. Setiap saat yang kita lepaskan takan boleh diundur kembali. Takleh nak save load macam main game.
Jadi seharusnya kita bertanggungjawab terhadap waktu-waktu kita.
Thursday, July 9, 2009
Tuesday, July 7, 2009
kuat & sabar
KAMU PERLU KUAT DAN PERLU SABAR = KUAT BERSABAR
Bila ditimpa musibah selalunya orang akan ucap kat kita 'sabarlah..'
Kamu pun mungkin pernah menerima ucapan sebegitu dan mungkin juga pernah menghadiahkan ucapan itu..
Tapi ada juga yang tak suka dengan ucapan 'sabar' bila ditimpa musibah..mungkin kamu??
hm kena sabar..kena kuat..
Monday, July 6, 2009
Mengajar sambil bersedekah
Teringat suatu malam ketika sy dan seorang kawan sedang menjamu selera di satu restoran tiba-tiba datang sorang lelaki memberi salam dan duduk tanpa disuruh. Sungguh dia tak malu haha. Kami berjabat tangan dan dia terus memulakan cerita. Dalam keadaan yang tidak bersedia rupanya kami ketinggalan awal penceritaan yang rasanya agak mengelirukan. Yang pasti tujuannya untuk meminta sedikit wang. Sy agak kagum dengan lelaki ini sebab walaupun ceritanya memang berbelit-belit tapi dia berbakat sebagai pemidato bercakap tanpa henti. Hebat … Tapi malangnya dia tidak dapat meyakinkan kami dan akhirnya dia berlalu pergi tanpa sesen pun kami hulur. Dia paksa kami hehe.
Topiknya pada kali ini sy ingin kongsi dengan pembaca berkenaan dengan mengajar sambil bersedekah. Selalunya kita dengar membeli sambil bersedekah tapi kali ni lain sikit.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ (ص) قَالَ : " أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَنْ يَتَعَلَّمَ الْمَرْأُ الْمُسْلِمُ عِلْمًا ثُمَّ يُعَلِّمَهُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ " (أخرجه ابن ماجه)
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : “ sebaik-baik sedekah itu seorang muslim yang berlajar sesuatu ilmu dan mengajarkannya kepada saudara muslim yang lain.” (riwayat Ibn Majah)
Bersedekah itu bukan hanya dengan mengeluarkan wang untuk diberikan kepada yang lain, tetapi terdapat banyak lagi cara untuk mencapai maksud bersedekah. Memberi nasihat kepada orang lain pun dikira sedekah. Menolong orang lain dengan tenaga fizikal atau mental juga dikira sedekah. Bercakap-cakap perkara yang baik terhadap orang lain juga dikira sedekah. Menghilangkan sesuatu yang mengganggu di jalanan juga bersedekah. Bertasbih dan berzikir juga bersedekah. Memberi salam sambil tersenyum bila berjumpa dengan orang lain juga bersedekah. Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan sedekah.
Di dalam hadis ini disebutkan sedekah yang terbaik iaitu mengajar orang lain dengan ilmu yang bermanfaat. Maka perbuatan ini dianggap sebagai sedekah yang terbaik. Kerana bila kita memberi wang kepada seseorang, belum tentu wang yang diberikan itu akan digunakan untuk perkara yang berfaedah. Boleh jadi digunakan untuk perkara maksiat. Dan bila kita menolong orang lain untuk mencapai sesuatu hajat, barangkali hajatnya itu hanya untuk keperluan dan kepentingan duniawi sahaja. Maka jika ilmu agama yang disedekahkan sudah pasti ilmu itu akan menolong dalam mencari keredaan Ilahi. Maka inilah dikira sedekah paling afdal.
Sekian untuk renungan bersama.
Monday, June 22, 2009
HARTA DUNIA..HARTA AKHIRAT..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُول اللهِ (ص) : يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ مَا يُبَالُ الرَّجُلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ الْمَالَ مِنْ حَلالٍ أَمْ حَرَامٍ (رواه النسائي)
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Telah berkata Rasulullah s.a.w “ akan datang suatu zaman seseorang tidak pedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram.”
Zaman sekarang ini merupakan zaman yang ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri dan anak-anak mereka.
Apa yang pasti dunia kini semakin tenat dengan kemelut ekonomi apa lagi gejala-gejala tidak sehat yang menjadi mainan golongan kaya-raya menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus miskin dan semakin melarat. Sungguh tidak adil bukan..?
Lebih bermakna jika harta dan segala rezeki yang Allah kurniakan kepada kita digunakan sebaik mungkin mudahan harta di dunia ini menjadi saham untuk kita di sana nanti..
sekadar renungan bersama..
Wednesday, February 25, 2009
AL-FATIHAH
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kerana diberi kekuatan dan kesempatan olehNya selepas beberapa lama hajat dan tekad untuk mencoret sesuatu di sini terkabul..apa pun peluang dan kesempatan yang ada ini rasanya amat rugi kalau dipersiakan..jangan takut untuk melangkah kalau nak terus maju..perlu melangkah walaupun sedikit..jadi sy mulakan sikit demi sikit untuk melangkah ke arah kemajuan..kalau xmampu buat yg terbaik buatlah setakat mampu..itu terlebih baik dari tak buat langsung..
Sebagai mukadimah post sy ungkapkan Surah Al-Fatihah mudahan segala yang tercoret dan yang terungkap di sini sentiasa mendapat petunjuk dan lindungan dariNya..bersesuaian dengan Al-Fatihah yang mengandungi pelbagai kelebihan dan keistimewaan mengikut hadis-hadis junjungan tercinta..surah ini juga mempunyai banyak nama tersendiri yang warid dari nabi s.a.w, dari para sahabat, dari para ulamak. Sesungguhnya banyak nama menggambarkan banyak kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada penama tersebut. Disebut dalam kitab Al-Itqan fi Ulumil Quran karangan Al-Hafiz Jalaludin Abdul Rahman As-Sayuti terdapat 25 nama yang disenaraikan bagi surah tersebut.
1) فاتحة الكتاب
2) فاتحة القرآن
3) أم الكتاب
4) أم القرآن
5) القرآن العظيم
6) السبع المثاني
7) الوافية
8) الكنز
9) الكافية
10) الأساس
11) النور
12) سورة الحمد
13) سورة الشكر
14) سورة الحمد الأولى
15) سورة الحمد القصوى
16) الرقية
17) الشفاء
18) الشافية
19) سورة الصلاة
20) الصلاة
21) سورة الدعاء
22) سورة السؤال
23) سورة تعليم المسألة
24) سورة المناجاة
25) سورة التفويض
Untuk mengetahui lebih lanjut penjelasan bagi setiap nama-nama tersebut, boleh lah rujuk kitab karangan Al-Imam As-Sayuti[1].
Sy lebih suka untuk membincangkan surah ini dalam sudut ilmu Qiraat memandangkan bidang yang sy ceburi adalah takhassus Qiraat dan sy fikir sudah ramai yang membincangkan surah ini dalam cabang ilmu-ilmu lainnya seperti tafsir ayat.
Imam Al-Kisai dan Imam ‘Asim membaca مالك dengan menambah huruf alif selepas mim.
وَمَالِكِ يَومِ الدِّينِ رَاوِيهِ نَاصِرٌ[2]
Pada lafaz اهدنا الصرط المستقيم ( ) صرط الذين (الصراط) (صراط) Qunbul ‘an Ibn Kathir membaca dengan huruf س - اهدنا السرط المستقيم ( ) سرط الذين(
Khalaf ‘an Hamzah membaca dengan Ishmam[3] huruf ص dengan bunyi huruf ز dan cara menyebutnya umpama cara menyebut huruf ظ bagi orang awam tanpa mengeluarkan hujung lidah.
Untuk perbincangan lebih lanjut dalam kalimah صراط boleh lah rujuk kitab-kitab qiraat.
وعند سراط والسراط لقنبلا # بحيث أتى والصاد زايا أشمها # لدى خلف واشمم لخلاد الأولا[4]
Imam Hamzah membaca kalimah عليهِم dengan membaris depankan huruf ه menjadi عليهُم
عليهم إليهم حمزة ولديهمو # جميعا بضم الهاء وقفا وموصلا[5]
Pada bab mim jamak Imam Ibn Kathir membaca di semua tempat dalam Al-Quran dengan membariskan mim jamak dengan kadar dua harakat.
وصل ضم ميم الجمع قبل محرك # دراكا وقالون بتخييره جلا[6]
Rasanya cukuplah sekadar ini dahulu sy kira sebagai pendahuluan lakaran untuk diisi di dalam blog ini. Jika terdapat sebarang kesalahan dan ralat dalam setiap ayat dan isinya dengan berbesar hati sy mohon diperbetulkan.
* Syarah ini hanya untuk surah Al-Fatihah. Jika inginkan penerangan dengan lebih lanjut sila rujuk pakar dan kitab-kitab Qiraat yang terpilih.
[1] Al-Itqan fi Ulumil Quran – Maktabah Darul Hadis 174
[2] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع
[3] Dari sudut bahasa diterjemah dengan cium. Mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris yang disebut tanpa membunyikan. Hanya akan dapat diketahui oleh orang yang melihat dan tidak bagi orang yang buta.
[4] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع
[5] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع
[6] حرز الأماني ووجه التهاني في القراءات السبع