Friday, May 1, 2020

BETUL KAH YANG BIASA?

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

#Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Hanya sedikit perkongsian buah hasil yang dapat dipetik dari madrasah Ramadan penuh barakah kali ni.

Surah Al-Ikhlas sangat dekat dengan kehidupan harian kita. Ada yang menjadikan zikir setiap solat waktu. Ada yang dibaca sebagai pendinding sebelum tidur. Ada yang menjadikan ayat ruqyah. Mungkin juga kerap dibaca ketika solat terawih musim PKP ni.

Perkongsian kali ni hanya menyentuh satu huruf sahaja dari surah tersebut iaitu huruf wau. Mungkin antara kita sudah terbiasa dengan sebutan yang betul namun masih ramai antara kita masih terbiasa dengan sebutan yang kurang tepat. Jom kita sama-sama semak pada kalimah هو pada ayat قل هو الله أحد. Wau berbaris atas dengan bunyi WA namun jika disebut dengan lorat dan tidak cermat maka akan jadi WO. Betul?  Hanya satu huruf mudahan dapat memperelokkan lagi bacaan yang biasa kita baca.

Lebih elok jika disemak oleh guru. Disertakan dengan latihan yang berterusan. Jangan jemu latihan kerana kata orang tua 'practice makes perfect'. Saya pernah diuji Allah s.w.t dengan ujian yang sangat perit kerana tidak dapat membaca al-Quran dengan baik beberapa ketika namun selalulah kita bersangka baik dengan Allah dan terus lakukan latihan dan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan jalan olehNya.

والله تعالى أعلم.

Jika ada terkhilaf tersalah mohon betulkan.

الفقير إلى عفو ربه عفيفي لوبيس


0 untaian kata:

Post a Comment