http://excellent7.blogspot.com/2009/03/penggunaan-cd-rom-dalam-p-ibadah.html
Pengenalan
Salah satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimumkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik, intelektual dan emosi. Teori ‘Quantum Learning’ menyatakan bahawa bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) yang hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut kerana kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan itu. Namun, perkembangan dalam teknologi multimedia yang semakin pesat kini pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia kini menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 untaian kata:
sememangnya cd rom sesuai.tetapi ramai lagi guru diluar sana tidak tahu apa itu cd-rom
Penggunaan cd-rom dalam pengajaran ibadah adalah praktikal kerana ibadah perlu ditunjuk cara. Cuma perlu ada amali yamg ditunjuki oleh guru.
assalamualaikum
pembelajaran dengan menggunakan CD & ICT amatlah perlu pada masa kini kerana boleh menarik minat pelajar dan tidak membosankan pelajar kerana kebiasaanyan pengajaran hanya tertumpu kpd buku sahaja apabila kita mempelbagaikan akan menambahkan lagi minat utk belajar
Assalamualaikum.
Dalam usaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna,pelbagai kaedah dan teknik boleh dilaksanakan termasuklah penggunaan cd-rom.Penggunaan cd-rom ini amatlah dialu-alukan memandangkan keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat dalam bentuk visual,grafik dan audio kepada para pelajar.Cd-rom dianggap salah satu alat bantu mengajar berasaskan teknologi yang terbukti mampu mempersembahkan isi kandungan pelajaran kepada pelajar dengan lebih efektif kerana ia mampu meransang pancaindera iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran pelajar.Sebagai contoh,para pelajar dapat menghayati dengan lebih sempurna cara menunaikan solat dengan bantuan cd-rom yang menggabungkan elemen audio dan visual.Oleh yang demikian,guru-guru perlulah memanfaatkan alat bantu belajar dan menguasai bidang teknologi agar dapat mempelbagaikan akviti p&p untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan di kalangan pelajar.Seterusnya dapat menjadikan proses p&p benjalan dengan lebih lancar.
Pelaksanaan penggunaan bahan multimedia khususnya CD-ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ibadah di sekolah seharusnya digerakkan di semua peringkat persekolahan. Kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan media akan membawa makna terhadap keseluruhan pengajaran. Penggunaan CD-ROM ini akan mengubah secara radikal corak pemikiran, pembelajaran dan cara menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Pelbagai kemahiran dapat diadaptasikan dalam kehidupan pelajar. Teori-teori komunikasi serta teori pembelajaran dan pengajaran membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sudah sampai masanya bagi guru Pendidikan Islam menggunakan CD-ROM ini sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ibadah di sekolah.
penggunaan cd rom dalam proses pembelajaran adalah satu cara yang dapat diterima pakai . pelajar juga perlu berguru dengan guru untuk mengentahui ilmu secara lebih tepat lagi
Assalamualaikum.
Cd room adalah salah satu daripada bahan bantu mengajar (bbm). Ia adalah adalah sangat perlu agar p&p selari dengan perubahan semasa. Guru yang kreatif akan menggunakan apa sahaja bahan bagi menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Apa yang penting guru perlu diberi panduan bagaimana untuk menggunakannya.
CD ROM adalah merupakan salah satu alat ABM berbentuk multimedia yang terawal. Cukup sengang didapati dan mudah untuk digunakan. Penggunaannya juga lebih meluas suatu ketika dahulu. Ini kerana ia menggabung semua penglibatan deria dan media seperti deria melihat, mendengar.
rama komen teh..huhu
Post a Comment