Cuti tahfiz 28 & 29 April 2010 semacam tidak bercuti. Rabu 28 April Program Profesional Guru Tahfiz 2010 bermula jam 8.00 hingga 4.30 petang agak memenatkan bila dijamu dengan angka-angka yang memeningkan kepala. Walaupun ada segelintirnya merungut, namun perlu akui apa yang dibentangkan oleh penceramah sangat penting bagi meningkatkan prestasi profesionalisme seorang guru terutama bagi kami-kami guru novis. Slot yang pertama dan kedua oleh Haji Yajid Bin Yaakob (Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu) agak menarik dengan tajuk Pengurusan Pelajar dan Guru disayang membawa para peserta program lebih mendalami dan menyelami profesion murabbi. Slot yang ketiga agak memeritkan kerana slot ini bermula jam 2.00 ptg (masa yang kritikal) tambahan kami disajikan dengan angka-angka statistik analisa peperiksaan. Mujurlah Puan Hajah Che Zainah Bt Hj. Abd. Llah bijak menarik peserta dengan celoteh.
Khamis 29 April, kami (kdc kohot 2 yang diketuai oleh Ustaz Wi hensem) berpakat untuk menyelesaikan tugasan yang perlu diserahkan pada minggu ini. Blog menarik dikongsi bersama Ustaz Wi Hensem.
Haih..Apeh, Leh, Wang..bilo nk gi pulau nyo??
Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Ampuni daku ya Tuhan
Sungguh aku insan kerdil lagi hina hanya mengharapkan belas kasih-Mu ya Tuhan..
Sungguh khilafku pada-Mu ya Tuhan menggunung tinggi..namun ku yakin keampunan pada hamba-Mu melangit luas..
Oleh itu tunjukkan dan daku jalan lurus-Mu untuk menggapai maghfirah dari-Mu ya Tuhan..
Hm..tenangkan jiwaku untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan ujian..
Mudahan di setiap langkah kakiku, setiap ucap lidahku, setiap sinar pandangan mataku, setiap dengung bunyi dari telingaku, dan setiap helai nafas yang ku hembus mendapat rahmat dan kasih sayang-Mu ya Tuhan..

إِنَّا خَلَقْنَا الإِنْسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَهُ سَمِيعًا بَصِيرًا إِنَّا هَدَيْنَهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
2. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur [antara benih lelaki dengan perempuan] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.
3. Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
Sunday, April 25, 2010
Pertandingan Khat Peringkat MASSAK 2010
Tahniah diucapkan kepada peserta daripada MTST Wan Ibrahim Thani Bin Wan Abdul Halim (nasakh) dan Amir Faris Bin Mohd Nor (rak'ah) di atas kejayaan mereka dalam Pertandingan Khat Peringkat MASSAK 2010. Wan Ibrahim Thani berpuas hati dengan mendapat tempat pertama dalam kategori khat nasakh manakala Amir Faris mendapat saguhati dalam kategori khat Rak'ah. Pertandingan khat MASSAK diadakan secara perpusat di SMU (A) Rahmah Kenali, Kubang Kerian pada 17/4/10 (Sabtu) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua sekolah agama kelolaan YIK. Alhamdulillah berkat usaha mereka yang bersungguh-sungguh telah menbuahkan hasil yang membanggakan kepada semua pihak. Teruskan usaha untuk mencapai apa yang dicitakan di dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekali lagi tahniah..
Thursday, March 25, 2010
MTST mengunjungi PTIQ
INSTITUT PERGURUAN TINGGI ILMU AL-QURAN JAKARTA adalah institusi pengajian tinggi yang ternama di Jakarta dan telah melahirkan ramai ilmuan-ilmuan Islam yang aktif di dalam dan luar Jakarta. Untuk mengetahui lebih lanjut peristiwa tersebut sila lawati di sini.
Sunday, March 21, 2010
hijau mata hitamku
Tanggal 15 Mac 2010 saya bersama rombongan dari Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin meneroka sekitar Jakarta, Bandung, dan beberapa kawasan lain yang sedikit sulit untuk mengingati namanya. Banyak pengalaman baru yang dapat kami kutip mudahan setiap detik dan saat kami luangkan di sana mendapat keberkatan dan keampunan dari-Nya.
Antara tempat yang menarik kami lewati ialah kawasan bersejarah yang diberi nama Tangkuban Perahu. Tangkuban perahu ialah kawasan gunung berapi yang dikhabarkan masih aktif dan mempunyai lagenda sejarah yang tersendiri. Gunung ini terletak di Jawa Barat iaitu diperkirakan kurang lebih 20km dari kota Bandung.
Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu ini dikaitkan dengan legenda seorang anak muda yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya. Untuk menggagalkan niat sang anak menikahi ibunya, si ibu telah mengajukan syarat yang berat supaya si anak membuat perahu dalam tempoh hanya satu malam. Ketika usahanya gagal, si anak marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Untuk mengetahui lebih lanjut lagenda Tangkuban Perahu ini sila klik di sini.
bersambung episod seterusnya..
Thursday, March 4, 2010
Saturday, February 6, 2010
KEPENTINGAN PENGGUNAAN CD-ROM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH
http://excellent7.blogspot.com/2009/03/penggunaan-cd-rom-dalam-p-ibadah.html
Pengenalan
Salah satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimumkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik, intelektual dan emosi. Teori ‘Quantum Learning’ menyatakan bahawa bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) yang hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut kerana kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan itu. Namun, perkembangan dalam teknologi multimedia yang semakin pesat kini pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia kini menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)